Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat pergi Konvensyen Bidadari Dunia pada 24 dan 25 Mac. Program yang sangat2 bagus, InsyaAllah program ni akan dibuat setiap tahun. Ini adalah nota-nota yang aku kumpul dari sana :
Novelis Ustazah Fatimah Sharha
1. Allah tak zalim, kita yang menzalimi diri kita sendiri dengan melanggar larangan Allah
2. Tidak perlu bandingkan diri kita dengan sesiapa, bandingkan dengan potensi masing2.
3. Sunah kahwin satu itu lebih besar dari poligami, kerana Rasulullah bersama saidatina Khadijah selama 10 tahun dan selebihnya Nabi berpoligami.
Ustazah Zawiyah binti Hassan ( mursyidah Ustazah pilihan)
4. Kalau kita bersyukur, Allah tambah nikmat.
5. Kasih sayang naik dan turun begitu juga dengan iman. Nak jaga iman, jaga ibadah.
6. Iman adalah perkara yang melibatkan amalan dengan anggota. Setakat percaya dan yakin tetapi tidak mengamalkan, masih belum cukup beriman. Cth : kita tahu tutup aurat itu wajib, tapi masih belum tutup aurat.
6. PAKSA diri dalam ibadah, lama-lama akan terbiasa.
7. Iman akan terbatal jika kita syirik pada Allah. Elakkan syirik secara tersembunyi cth: riak takbur, angkuh (Ya Allah, jauhkan )
Dato Siti Nor Bahyah.
8. Nak jadi wanita bijaksana - Baca Surah Al mudajalah , ayat 11
9. Doa untuk jadi orang yang penyabar ;
- Al-Imran 200
- Al Hasyri 21
- As syura 19
Wardina Saffiya, Catriona Ross,Datin zaleha , Pn Suria
10. Jangan ikut fesyen membuta tuli, ingat balik tujuan kita berhijab, ruj surah Al Ahzab,59 dan surah An nur 30-35.
11. Pakaian terbaik adalah taqwa. Hijab is modesty, it's not what we want to show to others.
12. Hijabkan diri dengan seledang itu mudah, hijabkan hati itu sukar.
13. Dalam kehidupan , Allah akan memberi kalau kita mencari.
14. Perumpaan, kerusi diciptakan untuk kita duduk. Manusia diciptakan untuk menyembah dan menjauhi larangan Allah.
Prof Dr Muhaya (mursyidah ustzh pilihan)
15. Nak bahagia kita kena bersyukur. Tiada orang berjaya yang buruk akhlaknya.
16.Pemikiran masa muda menentukan cara (kesihatan) kita masa tua-orang yang banyak penyakit selalu berfikiran negatif
17.Jangan percaya apa yang kita fikir kerana :
Fikiran menentukan emosi kita,
Emosi menentukan tindakan kita,
tindakan membawa kepada tindak balas,
dan seterusnya ia menjadi tabiat, personaliti dan masa depan kita. Yang negative terus dibuang ! latih diri.
18. Amalkan doa : Ya Allah, jadikanlah aku orang yang memberi ketenangan di dalam kekecohan.
Dr Rubiah Kulop Hamzah (mudirah ustzh pilihan)
19. Solehah itu sijil dari Allah, jangan mabuk tukar fesyen kalau otak dan hatinya tidak ditukar.
20. Kalau kita tidak mencari ilmu, iman akan menipis kerana perompak iman itu terlalu banyak.
21. Cantik wajah akan tertutup dengan buruknya akhlak.
Irma Hasmi, Nora, Pn Farazila (isteri Sham Kamikaze), Ustzah Firuz Akhtar( Ustzh pilihan), Ustzh Amie Sofia(Solehah)
22. Apabila kita meninggalkan sesuatu yang haram, Allah akan gantikan kita dengan yang lebih halal dengan cara yang lebih baik.
23. Bila kita berubah ke arah yang lebih baik, kita bukan berhijrah, tapi kita kembali kepada fitrah. Fitrah dilahirkan sebagai muslim.
24. Cantik itu pada hati, bukan pada rupa, bukan pada harta dan bukan pada pakaian.
Bila kita menyampaikan kepada orang, kita bukan hanya memberi peringatan kepada mereka, tetapi juga untuk diri sendiri. aku juga sedang berusaha.
Jazakallahu khairan khatira, (seronoknya guna bahasa arab. hehe).
may Allah bless all of us.
p/s: kalau ada yang salah, minta tegur. :)